Prof. Dr. Abd Raof Tan Sri Hassan

Dilahirkan di Terengganu. Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Universiti Madinah dalam bidang Syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana di Syria. Seterusnya, di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah menjadi pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu, Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM, Ahli Panel Kajian Syariah JAKIM dan Ahli Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ketujuh.

Buku-Buku Terbitan Beliau

  • Ensiklopedia Soal Jawab Agama
  • Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya
  • Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemaskini)
  • Palestin Tak Pernah Gentar
  • Haramkah Rokok?
  • Syarah Al-Hikam Jilid 1
  • Syarah Al-Hikam Jilid 2
error: Content is protected !!